27
Feb

Alhamdullillah selesai dijalankan kelas editing Photoshop CS3 pada pagi tadi. Walaupun hanya 2 orang peserta namun komitmen dan kesungguhan mereka amat dikagumi. Sdr Hazmin & Sdr Roslan begitu bersungguh-sunguh mempelajari teknik asas photoshop. Namun oleh kerana masa yang agak terhad, kelas terpaksa dihentikan mengikut masa yang ditetapkan walaupun masih banyak lagi topik yang masih belum di’explore’.
Insya Allah saya akan mengadakan beberapa siri lagi kelas seperti ini untuk bersama-sama berkongsi pengalaman.


07
Feb
stored in: Uncategorized and tagged:

Kadang-kadang bila sebut gambar tak cantik ni keadaan sebenarnya subjektif. Memang waktu jumpa customer kita akan tunjuk gambar terbaik kita pernah ambil. Semua jurufoto akan buat macam itu. Apa yang berlaku bila kita upah jurufoto, adakah kita berbincang macam mana paten gambar kita nak? Sebagai contoh kita beritahu dia kita nak gambar style mat salleh ker, cina ker, tradisional ker. Gambar candid dengan gambar pose tak sama. Gambar photojournalism lg tak sama. Ia banyak menggambarkan keseluruhan majlis berbanding gambar posing. Ini semua kena berbincang dengan jurugambar. Tunjukkan contoh gambar yang awak pernah lihat. Gaya gambar seorang jurufoto dengan jurufoto lain berbeza.
Pasal editing gambar pulak klu nak gambar semua edit lebih baik ambil pakej photostory album. Semua gambar akan dimasukkan dalam 1 album saiz A4. Kalau ambil gambar saiz 4R, kebiasaannya jurufoto tidak akan edit (buang jerawat, licinkan kulit muka, cantum sana-sini, tambah ayat2 jiwang, montaj gambar + gambar lain). Bila pelanggan ambil pakej 4R jurufoto hanya akan control pada kecerahan, warna dan tona gambar setiap keping gambar.Terutama bila dah jejak 100-200 keping (ambil masa yang panjang).
Satu rahsia pasal fotografi ni ialah dia ada formula. Formulanya ialah subjek(orang) cantik + suasana cantik(tempat) + mood cantik = gambar cantik. Cuba renung kembali sewaktu jurufoto yang diupah itu ambil gambar awak. Adakah dia ceria? Adakah pelanggan ceria? Adakah masa penggambaran itu sesuai? Adakah rasa selesa? Adakah masa yang mencukupi diperuntukkan? Adakah pelanggan atau jurufoto tidak diganggu oleh apa-apa gangguan (telefon, kawan ajak berbual, famili jauh datang bertanya khabar, rakan2 mahu bergambar dengan pengantin, keluarga tidak mahu turut bergambar) dan juga 1001 yang dianggap gangguan.
Setiap perkahwinan selebriti dirancang dengan penuh ketelitian. WEDDING PLANNER akan memanggil kesemua yang terlibat dalam majlis besar itu dan bertukar-tukar input. Antaranya kesesuaian cahaya, pelamin, kedudukan meja makan, mej tetamu. susun atur bunga dan sebagainya. Sebab itu kita lihat perkahwinan VIP kelihatan ‘grand’ walhal kalau diperhatikan ‘props’ yang digunakan biasa sahaja dengan orang biasa macam kita.
Berkenaan harga juga subjektif. Harga ditetapkan pada sekian banyak apabila kita bersetuju mengambil seseorang sebagai jurufoto. Ada orang bayar RM300 sudah kira mahal. Ada pulak bayar RM3000 masih boleh upah 2-3 orang lagi dengan harga yang sama (pasal tak percaya kemampuan jurufoto pertama). Tengok balik pakej yang ditawarkan. Jika dia tulis 100 keping gambar bermakna awak akan terima 100 keping gambar. Jika kurang pelanggan boleh minta diskaun dsb. Tapi jika tak cantik pelanggan kena tanya diri sendiri dahulu sebelum 100% mempersalahkan jurufoto. Saya biasa lihat gambar2 dari luar negara yang cantik2. Tapi akhirnya saya menyedari bahawa cara kita berbeza. Orang Inggeris mengambil gambar sebagai seni. Contohnya jika berkahwin gambar sarung cincin akan diambil sebagai simbol perkahwinan. Tetapi kalau orang kita tengok gambar sarung cincin sahaja otomatik tanya “jurufoto ni pandai ambil gambar atau tidak ni?” Mereka jua tidak berkira pasal berapa keping gambar awak beri? Tapi saya nak nilai seni….. Adakah perkara ini berlaku dalam majlis kahwin masyarakat kita? Jawapannya jarang-jarang. Tapi yang pasti cara kita klu boleh nak panggil satu kampung naik atas pelamin ambil gambar dengan kita. Bila disuruh senyum, muka masam memanjang…..
Bukan saya hendak mempertikaikan peristiwa yang dialami tetapi kena renungkan juga kalau jurufoto itu tak pandai ambil gambar, gambar cantik2 yang dia tunjuk pada kita tu siapa yang ambil? Seeloknya berbincang dengan baik sehingga satu penyelesaian ‘WIN-WIN’ situation diperolehi. Mereka adalah manusia juga yang berkarya dan bukan semata-mata kerana duit. Jika tidak tentu mereka akan bawa kain tabir biru dan letak belakang pelanggan macam kita nak ambil gambar nak buat pasport atau lesen!

26
Jan

26
Jan
stored in: Uncategorized and tagged:

Ini adalah sesi outdoor terakhir tahun 2009. Agak lewat upload walau bagaimanapun sesi ni memang fun. Pengantin perempuan bernama Ayu adalah anak kepada rakanku, Baharuddin.

25
Jan

Pada 21 Janauari 2010 bertempat di Putrajaya, telah diadakan sesi outing untuk fotografi waktu malam. Kehadiran peserta seramai 4 orang sudah dikira baik memandangkan keadaan hujan renyai dan keesokan harinya warga Kuala Lumpur masih bekerja.
Cuaca sekitar Putrajaya agak berjerebu dan ini sekali lagi menguji tahap kemahiran peserta untuk menghasilkan gambar yang menarik.
Dipimpin oleh saya selaku tutor pada malam itu, beberapa tips asas pengendalian kamera DSLR, Flash dan Komposisi diterangkan kepada peserta.
Sedikit hasil pada malam itu dan harapan saya peserta enjoy dengan sesi tersebut walaupun dengan halangan yang sedikit mencacatkan program.

31
Dec
stored in: Uncategorized and tagged:

Pada 24 Disember 2009 bertempat di Pusat Latihan www.depesonastudio.com telah diadakan satu workshop ringkas berkaitan kaedah dan latih amal sistem pencahayaan tanpa wayar. Tempoh yang agak singkat sekitar 3 jam bagaimanapun berjaya dimanfaatkan dengan sesi teori sebelum praktikal dijalankan. Pemudahcara ialah Hisham Depesona.
Dihadiri seramai 7 orang peserta dari sekitar Kota Bahru dan Kuala Krai. Dengan bayaran hanya RM20 bagi sesi tersebut dirasakan amat berbaloi oleh kesemua peserta.
Workshop sedemikian akan terus dijalankan oleh pihak www.depesonastudio.com dari semasa ke semasa bagi mengisi slot latihan yang lebih intensif. Untuk maklumat lanjut berkenaan latihan dan kursus yang dilaksanakan oleh pihak kami boleh diajukan kepada bengkel@depesonastudio.com atau talian 013-3029767.

Pada 09 Disember 2009 saya berpeluang membuat liputan fotografi sempena penamaan semula jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Thailand di Bukit Bunga, Jeli, Kelantan dengan Buketa, Thailand. Majlis yang disempurnakan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Thailand itu dihadiri kira-kira 3000 orang termasuk pemimpin politik hinggalah ke pelajar sekolah.
Program bermula jam 10.30 pagi dengan ketibaan kedua-dua pemimpin tersebut dikawal rapi oleh pengawal peribadi, polis, skuad khas pemusnah bom dan anggota keselamatan lain.
Tapisan keselamatan yang begitu ketat sehingga beg kamera saya diperiksa berulang kali termasuk peralatan lensa dan aksesori yang dibawa. Saya hampir berputus asa kerana tidak dibenarkan membuat liputan kerana tiada dalam senarai nama yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Thailand. Senarai nama ini hanyalah pengesahan kehadiran oleh pihak media elektronik Malaysia seperti RTM & TV3 (hatta ada staff stesen tersebut pun tiada nama dalam senarai).
Namun setelah menunjukkan beberapa dokumen ‘MEDIA’ dan pengenalan diri saya diberikan pas media yang sah.
Cukup perit tetapi satu pengalaman yang amat berharga….